1.04.2014

Review Novel: Licik


Penulis: Sham Hashim & Julie Anne
Penerbit: Buku FIXI
Harga: RM19.90

SINOPSIS

Dari usia yang muda, Fira diajar oleh ayahnya Alias untuk menjadi con artist yang sempurna. Dari Skim Cepat Kaya ke skim melarikan wang hantaran, semuanya disapu. Namun kemewahan dua anak beranak ini tergugat apabila seseorang muncul untuk membalas dendam. Mereka terpaksa lari dan bersembunyi.


Peristiwa hitam yang berlaku merubah Fira menjadi seorang yang kejam. Dia kembali ke ibu kota untuk memulakan langkah baru namun bertemu pula dengan Sadik, si penipu kacak.


Bersama Sadik sebagai mastermind — dan juga kekasih — Fira mencipta dunia baru yang serba mewah tetapi berbahaya. Ketika satu persatu mangsa tertipu, ada sesuatu yang mengintai si LICIK yang jelita itu. Apakah penipuan Fira akan bertemu pengakhiran?


Review Cik Anasakina

Pada aku buku nie best. Sangat Licik. sesuai dengan tajuknya. TAPI! besar tapinya. Aku cadangkan buku nie untuk 18 tahun ke atas. Kerana ada unsur keganasan dan seksual dalam buku nie. But pada aku walaupun buku nie tidak baik untuk kesihatan tapi kita sebagai remaja harus fikir yang mana baik yang mana buruk.

Yang buruk mengenai jalan cerita nie kita harus ambil PENGAJARAN, yang mana tipu helah kita cuba SELIDIK. Buku nie buat kita rasa berhati-hati dan SEDAR yang orang yang dekat atau orang yang kita sayang tu belum tentu baik.

Mengenai Fira dengan Sadik ( walaupun nama hero old fashion ) memainkan peranan yang sangat merbahaya dalam cerita nie. Tapi cerita nie memang thrill jugak lah. 

Harga dengan pulangan amat berbaloi jugak lah. Kira kalau beli pun tak akan ada seINCI pun rasa menyesal.

Aku bagi 3.8 BINTANG untuk buku nie

Review Novel: 7 Hari Mencintaiku


Penulis: Siti Rosmizah
Penerbitan: SR Publication
Harga: RM32.90

SINOPSIS

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


Rivew Cik Anasakina

Novel nie memang Tip Top Kebaboommmmm!!! Novel nie buat aku ketawa, menangis, marah, sedih, anoyying, meraung, sengih macam beruk dan lain lain.
Kepuasan membaca buku nie memang tahap maksima! Walaupun HARGA dia agak mahal, tapi pulangannya memang berbaloi! Penulis novel Cinta kau dan aku & Takdir itu milikku memang buat aku sentap. Aku ulang buku nie dekat 18 kali ( Serious tak tipu ) tetap tak boring. Banyak ilmu yang boleh dapat dalam novel nie. 
Romantik gila si Khuzairi tu tapi bila nak ending tu macam... Uhhhhh! Why? Why? Why? dan airmata pun mengalir... huhuhu.... >_<,
Sedih sangat. tapi banyak pengajaran yang boleh bagi penyedaran. Taburan ceritanya pun penuh. dan ada aje topik yang berbaloi.
MESTI. WAJIB. HARUS BELI!

Aku bagi 8.9 per 5 BINTANG.  Hah... kelas kau!

Review Novel: Murtad


Penulis: Hasrul Rizwan
Penerbitan: Buku Fixi
Harga: RM 19.90

SINOPSIS

Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.
Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka. Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan liur.
“Kerja gila apa sebenaqnya ni… haaa??” Akhil bertanya keras.
“Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir dan apa yang kamu lihat sekarang.”
“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?”
“Ya”
“Nakharrom.”
“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.”

Review Cik Anasakina


Buku nie sumpah best gila nak mati. Tajuk dia nampak lain macam kan. Murtad? Buku nie ajak jadi Murtad ke? No! No! No!
Tak ada kena mengena pon. Tapi kisah 2 orang kembar yang Handsome. Tak tau lah macam mana Handsome nya, cuma bila aku baca aku bayangkan Keith Foo dengan Aaron Aziz. Lalalala.... suka hati koranglah nanti membayangkan karakter hero dia macam mana. 
Korang tak menyesal lah kalau beli buku nie. Memang thrilling. Tapi buku di ada sambungan. agak tergantung jugak laa tapi! jangan risau mesti best punya.

Aku bagi 4.8 bintang untuk buku nie!

Review Novel: KELABU



Penulis: Nadiah Khan
Penerbit: Buku FIXI
Harga: RM 24.90

SINOPSIS
Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci…lelaki-perempuan.
Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?
Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai ‘boyfriend kontrak’, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata “ya” pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?
Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?
Aku Amir.
Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU.


Review Cik Anasakina

Pada aku novel ni mesti dimiliki oleh setiap peminat novel. Tengok cover pun memang cantikkan.Cerita dia pasal Amir. Seorang Fotographer yang ada masalah keluarga. Seorang yg memang "PLAYBOY" gila. Naik menyampah aku tengok perangai dia.
Sampailah dia jadi "BOYFRIEND" kontrak si seorang perempuan, Jun. Jun nie pulak alahai.... daring sangat.
Cerita dia memang ada up down yang buat korang baca... baca... dan terus baca sampailah kepada pertengahan cerita yang..... jeng jeng jeng! Yang buat mulut korang boleh isi tapak kasut saiz 9
Serious buku ni best gila! Need to try!

Pada aku, aku bagi 4.5 bintang!